bentuk muka bumi
1.0 KEDUDUKAN DAN SAIZ MALAYSIA
1. Malaysia terletak di antara garisan lintang 1oU hingga 7oU dan garisan bujur 100oT hingga 120oT. 2. Terletak di Asia Tenggara dan berjiran dengan negeri Thai, Myanmar, Laos, Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam. 3. Keluasan Malaysia ialah kira-kira 330,445 km persegi. Terdiri daripada Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia. 4. Semenanjung Malaysia terpisah daripada Indonesia (Pulau Sumatera) oleh Selat Melaka dan Singapura oleh Selat Tebrau. 5. Terdiri daripada tigabelas buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan. 6. Sarawak negeri yang terbesar dan Perlis negeri yang terkecil. 7. Negeri-negeri di Malaysia :
SENARAI NEGERI-NEGERI DAN IBU NEGERITERDAPAT DI MALAYSIA
(Negeri) - (Ibu Negeri) 1. Perlis - Kangar 2. Kedah - Alor Setar 3. Pulau Pinang - Georgetown 4. Perak - Ipoh 5. Selangor - Shah Alam 6. Negeri Sembilan- Seremban 7. Melaka -Bandar Melaka 8. Johor - Johor Bahru 9. Pahang - Kuantan 10. Terengganu - Kuala Terengganu 11. Kelantan - Kota Bharu 12. Sabah - Kota Kinabalu 13. Sarawak -Kuching KEISTIMEWAAN MALAYSIA 1. Terletak di tengah-tengah jalan laut dan udara antara negara-negara timur dan barat. 2. Terletak di luar kawasan lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang membolehkan Malaysia bebas dari letusan gunung berapi dan angin taufan. 3. Mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan. 4. Iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan pertanian, perikanan, perusahaan, dan perlombongan dapat dijalankan sepanjang tahun. 5. Malaysia kaya dengan pelbagai hasil pertanian, perikanan dan perlombongan pembahagian kawasan
kawasan tanah tinggi
KAWASAN TANAH TINGGI
1.Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua yang terdiri daripada : a. Batu kapur b. Batu granit 2. Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah : a. Banjaran Titiwangsa b. Banjaran Bintang c. Banjaran Kledang d. Banjaran Tahan e. Banjaran Benom f. Banjaran Pantai Timur 3. Banjaran Titiwangsa · Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia. · Dikenali sebagai "Banjaran Besar". · Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. · Legeh utama sungai-sungai di Semenanjung Malaysia. · Terdapat stesen penjanaan kuasa hidroelektrik. · Terdapat tiga pusat peranginan yang terkenal iaitu Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting. 4. Gunung Korbu (2190m) merupakan kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa. 5. Gunung Tahan di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. 6. Gunung Bintang (1880m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Bintang.
7. Bukit Larut merupakan pusat peranginan di Banjaran Bintang.
8. Banjaran Bintang merupakan legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya Sungai Kinta. 9. Banjaran-banjaran utama di Sabah : a. Banjaran Crocker b. Banjaran Brassey c. Banjaran Terus Madi d. Banjaran Maitland 10. Banjaran Crocker ialah banjaran yang terpanjang dan tertinggi di Sabah. 11. Gunung Kinabalu (4101m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Crocker dan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. 12. Banjaran-banjaran utama di Sarawak ialah : a. Banjaran Tama Abu b. Banjaran Kapuas Hulu c. Banjaran Iran 13. Banjaran ini menjadi sempadan semulajadi di antara Malaysia dan Kalimantan. 14. Gunung Murud (2438m) merupakan kemuncak tertinggi di Sarawak terletak di Banjaran Tama Abu. kepentingan kawasan tinggi.
KAWASAN TANAH PAMAH
Dataran pantai timur Semenanjung Malaysia :
Kepentingan tanah pamah
KAWASAN PINGGIR LAUT
Malaysia dikelilingi oleh laut iaitu :
Pinggir laut Malaysia mempunyai berbagai jenis bentuk muka bumi.
1. pulau
Kenapa pentingnya pulau.
2. TANJUNG
Contoh tanjung yang terdapat di Malaysia
Kenapa perlunya tanjung
3. TASIK/PAYA Tasik semula jadi yang indah, (a) Tasik Bera (b) Tasik Chini. 2. Tasik Bera - Tasik air tawar terbesar di Malaysia. 3. Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan kawasan pelancongan dan perikanan. 4. Tasik buatan manusia utama di Malaysia
Tasik Temenggor, Perak;
Tasik-Tasik buatan manusia penting sebagai:
(a) kawasan perikanan air tawar; (b) kawasan pelancongan atau rekreasi; (c) sumber air (d) pusat penjanaan kuasa hidroelektrik CONTOH-CONTOH TASIK BUATAN MANUSIA
contoh-contoh sungai
5. Pantai
Kawasan pinggir pantai yang ditumbuhi pasir cantik dan bersih Kepentingan pantai.
CONTOH-CONTOH PANTAI KUIZ 1kuiz 2
Soalan 1 berdasarkan peta di bawah
Pernyataan yang manakah benar tentang kawasan berlorek dalam peta di atas?
I. Merupakan legeh sungai II. Terdapat kawasan peranginan III. Terdapat Gunung Tahan IV. Kawasan perlombongan A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 2. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kepentingan Pentas Sunda? A. Kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan ini. B. Kawasan ini adalah curam dan mempunyai ke dalaman kira-kira 500M. C. Bentuk muka bumi ini terbentuk kira-kira 300 juta tahun dahulu. D. Kawasan ini menggalakkan pertumbuhan plankton yang paling penting dalam sektor pertanian.
3. Pandang darat sawah padi di atas terdapat di kawasan
A. Switzerland B. Pulau Jawa C. Menam Chao Phraya D. Dataran Kedah-Perlis. 4. Bentuk muka bumi manakah yang berkaitan dengan pemendapan ombak? A. Tebing tinggi. B. Tanjung. C. Teluk. D. Tombolo. 5. Manakah yang benar tentang ciri-ciri sungai di Malaysia? A. Panjang dan deras sesuai untuk penjanaan kuasa elektrik hidro. B. Isipadu air sentiasa banyak dan tetap sepanjang tahun. C. Menghubungkan kawasan pedalaman Malaysia. D. Sumber protein utama penduduk. selamat berjaya... KESAN KEGIATAN MANUSIA KE ATAS ALAM SEKITAR
Pengenalan
Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang dianggap sebagai manusia ekonomi. - Sebagai manusia ekonomi, ia menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. - Alam sekitar dibahagi kepada 2 komponen iaitu:- 1. Komponen mengandungi hidupan iaitu haiwan dan tumbuhan. 2. Komponen bukan hidupan – tanah, udara dan air. Aktiviti utama manusia Sebagai manusia ekonomi, manusia menjalankan kegiatan harian dengan berinteraksi kepada alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. - Aktiviti asas utama manusia ialah:- 1. Pertanian 2. Perlombongan 3. Pembalakan 4. Perikanan - Aktiviti yang disebutkan di atas mempunyai kesan terhadap keseimbangan alam sekitar sekiranya tidak ada satu panduan pengurusan sumber yang baik. Aktiviti Pertanian. Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah. - Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada proses hakisan dan tanah runtuh. - Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral. - Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar. Aktiviti Pembalakan Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara-negara tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok yang bermutu. - Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia boleh memusnahkan habitat haiwan liar. - Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat. - Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan memerlukan 40 tahun untuk pulih semula. Aktiviti Perikanan. Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. - Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. - Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut. Kesan Kegiatan Manusia. Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. - Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau. - Penebangan hutan juga boleh menyebabkan habitat haiwan liarterganggu menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti gajah, badak,harimau kerana kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. - Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuh terutama sekali apabila berlaku hujan lebat. - Aktiviti pertanian yang berterusan menyebabkan tanah kekurangan kesuburan. - Untuk memulihkan kesuburan tanah baja digunakan tetapi penggunaan baja yang berlebihan pula menyebabkan bakteria dan kulat yang membantu penguraian humus terjejas menyebabkan kepada masalah akibatnya humus kurang dihasilkan dan kesuburan tanah tidak dapat dipulihkan. - Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan. - Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh. - Langkah pemuliharaan dan pemeliharaan • Pemeliharaan: Usaha untuk melindungi,merancang dan mengurus sumber semula jadi supaya kekal berterusan. • Pemuliharaan: Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal. - Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar adalah seperti berikut. 1.Penghutanan Semula. Penghutanan semula dijalankan di kawasan hutan yang telah ditebang. - Spesies pokok terpilih ditanam di hutan ini secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan. - Tujuan Penghutanan semula: 1. Memastikan spesies pokok tidak pupus. 2. Mengekalkan kualiti alam sekitar. 3. Memulihara tanah dan sumber air. 4. Mengekalkan habitat fauna dan flora. 5. Mengekalkan warisan hutan. 2.Kaedah Biologi. Kaedah biologi merupakan satu kaedah kawalan makhluk perosak tanaman tanpa mengganggu keseimbangan alam sekitar. Contoh: Tikus membawa masalah kepada peladang kelapa sawit. Untuk menyelesaikan masalah ini maka penggunaan burung hantu dan ular yang dibiarkan hidup bebas dapat mengawal masalah makhluk perosak. Kaedah ini merupakan kaedah semula jadi yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. - Kesuburan tanah dapat dikekalkan dengan menggunakan baja organik daripada daun reput dan juga najis haiwan seperti ayam dan kambing untuk menambah kesuburan tanah di samping lebih murah dan tidak mencemar alam sekitar.
Isu Semasa: Kaedah Tukar Air Busuk
Kaedah ternak ‘bakteria’ dan biar ia ‘makan’ air busuk adalah satu kaedah dikenali sebagai Teknologi Olahan Leachate yang merupakan hasil kajian Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid. - Teknologi ini sangat berkesan dan murah. - Teknik ini sedang dilaksanakan dengan jaya di tapak pelupusan sampah di Kulim, Kedah. - Masalah pencemaran leachate yang memasuki sungai telah mencetuskan krisis alam sekitar baru apaibila ia mencemarkan sistem air minuman pengguna. Pengurusan Pembinaan Jalan Raya Antara langkah-langkah pencegahan hakisan tanah dan pemeliharaan alam sekitar yang dilaksanakan ialah: 1. Penyediaan sistem perparitan sepanjang lebuh raya. 2. Pengurusan cerun dan menanam rumput sebagai tutup bumi. 3. Pembinaan tembok konkrit. 4. Peneresan bertangga. 5. Pembinaan terowong. 6. Penanaman pokok sebagai pengikat tanah. Kesimpulan Alam sekitar perlu dipelihara kerana kegiatan manusia yang tidak terkawal boleh menyebabkan: 1. Kepupusan habitat hidupan liar. 2. Kepupusan flora dan fauna. 3. Kemerosotan landskap. 4. Kehilangan pusaka untuk generasi akan datang
Untuk memahami tajuk ini, anda boeh menonton video dibawah.
|
Authorsuzawani sudin ArchivesCategories |