bentuk muka bumi
1. Malaysia terletak di antara garisan lintang 1oU hingga 7oU dan garisan bujur 100oT hingga 120oT.
2. Terletak di Asia Tenggara dan berjiran dengan negeri Thai, Myanmar,
Laos, Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
3. Keluasan Malaysia ialah kira-kira 330,445 km persegi. Terdiri daripada Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.
4. Semenanjung Malaysia terpisah daripada Indonesia (Pulau Sumatera) oleh Selat Melaka dan Singapura oleh Selat Tebrau.
5. Terdiri daripada tigabelas buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan.
6. Sarawak negeri yang terbesar dan Perlis negeri yang terkecil.
7. Negeri-negeri di Malaysia :
(Negeri) - (Ibu Negeri)
1. Perlis - Kangar
2. Kedah - Alor Setar
3. Pulau Pinang - Georgetown
4. Perak - Ipoh
5. Selangor - Shah Alam
6. Negeri Sembilan- Seremban
7. Melaka -Bandar Melaka
8. Johor - Johor Bahru
9. Pahang - Kuantan
10. Terengganu - Kuala Terengganu
11. Kelantan - Kota Bharu
12. Sabah - Kota Kinabalu
13. Sarawak -Kuching
KEISTIMEWAAN MALAYSIA
1. Terletak di tengah-tengah jalan laut dan udara antara negara-negara timur dan barat.
2. Terletak di luar kawasan lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang membolehkan Malaysia bebas dari letusan gunung berapi dan angin taufan.
3. Mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan.
4. Iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan pertanian, perikanan, perusahaan, dan perlombongan dapat dijalankan sepanjang tahun.
5. Malaysia kaya dengan pelbagai hasil pertanian, perikanan dan perlombongan
pembahagian kawasan
1.Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua yang terdiri daripada :
a. Batu kapur
b. Batu granit
2. Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah :
a. Banjaran Titiwangsa
b. Banjaran Bintang
c. Banjaran Kledang
d. Banjaran Tahan
e. Banjaran Benom
f. Banjaran Pantai Timur
3. Banjaran Titiwangsa
· Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia.
· Dikenali sebagai "Banjaran Besar".
· Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.
· Legeh utama sungai-sungai di Semenanjung Malaysia.
· Terdapat stesen penjanaan kuasa hidroelektrik.
· Terdapat tiga pusat peranginan yang terkenal iaitu Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.
4. Gunung Korbu (2190m) merupakan kemuncak tertinggi di Banjaran Titiwangsa.
5. Gunung Tahan di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.
6. Gunung Bintang (1880m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Bintang.
8. Banjaran Bintang merupakan legeh bagi Sungai Perak dan cawangannya Sungai Kinta.
9. Banjaran-banjaran utama di Sabah :
a. Banjaran Crocker
b. Banjaran Brassey
c. Banjaran Terus Madi
d. Banjaran Maitland
10. Banjaran Crocker ialah banjaran yang terpanjang dan tertinggi di Sabah.
11. Gunung Kinabalu (4101m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran Crocker dan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
12. Banjaran-banjaran utama di Sarawak ialah :
a. Banjaran Tama Abu
b. Banjaran Kapuas Hulu
c. Banjaran Iran
13. Banjaran ini menjadi sempadan semulajadi di antara Malaysia dan Kalimantan.
14. Gunung Murud (2438m) merupakan kemuncak tertinggi di Sarawak terletak di Banjaran Tama Abu.
kepentingan kawasan tinggi.
- Kawasan pertanian tanaman hawa sederhana
- (teh & sayur)
- Kawasan pelancongan
- Kawasan peranginan
- Kawasan tadahan hujan
- Kawasan empangan
- Kawasan air terjun
- Kawasan rekreasi
- Sumber batu garanit & batu kapur
- Hutan khatulistiwa merupakan kawasan pembiakan & hidupan liar.
KAWASAN TANAH PAMAH
- Kawasan tanah pamah adalah tanah rendah yang rata, ada kalanya beralun, tidak melebihi 100m dari aras laut.
- Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
- Tanah pamah hasil dari mendapan lanar dinamakan tanah pamah lanar.
- Lebih luas
Dataran pantai timur Semenanjung Malaysia :
- Sempit, terputus-putus dan berpasir.
- Sering dilanda banjir monsun timur laut.
- Tanihnya yang berpasir kurang sesuai untuk pertanian.
- Delta Sungai Pahang
- Delta Endau-Rompin
- Dataran Kedah-Perlis
- Dataran Kuching
- Dataran Seberang Prai
- Dataran Pantai Timur
- Dataran Johor
Kepentingan tanah pamah
- Kawasan pertanian terutamanya
- Kawasan perlombongan terutama bijih timah (Lembah Kinta).
- Kawasan perindustrian dan perumahan.
- Kawasan tumpuan penduduk dan bandar.
- Sesuai untuk memudahkan pembinaan jalinan jalan raya dan landasan keretapi
KAWASAN PINGGIR LAUT
- Laut China selatan
- Laut Sulu
- Laut Sulawesi
- Selat Melaka
- Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pinggir laut Malaysia mempunyai berbagai jenis bentuk muka bumi.
- Pelabuhan antarabangsa.
- Pusat Pelancongan
- Pusat perikanan
- Pelabuhan dalam negeri
2. TANJUNG
- Tanjung Bunga
- Tanjung Datu
- Tanjung Baram
- Tanjung Duwai
Kenapa perlunya tanjung
- Tempat Rekseasi
- Tempat Bermandi-manda dan berkelah.
3. TASIK/PAYA
Tasik semula jadi yang indah,
(a) Tasik Bera
(b) Tasik Chini.
2. Tasik Bera - Tasik air tawar terbesar di Malaysia.
3. Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan kawasan pelancongan dan perikanan.
4. Tasik buatan manusia utama di Malaysia
- Tasik Kenyir, Terengganu;
- Tasik Chenderoh, Perak;
(a) kawasan perikanan air tawar;
(b) kawasan pelancongan atau rekreasi;
(c) sumber air
(d) pusat penjanaan kuasa hidroelektrik
CONTOH-CONTOH TASIK BUATAN MANUSIA
Kawasan pinggir pantai yang ditumbuhi pasir cantik dan bersih
Kepentingan pantai.
- Tempat bermandi-manda
- Tempat perkelahan
- Tempat pelancongan
CONTOH-CONTOH PANTAI
KUIZ 1
kuiz 2
I. Merupakan legeh sungai
II. Terdapat kawasan peranginan
III. Terdapat Gunung Tahan
IV. Kawasan perlombongan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
2. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kepentingan Pentas Sunda?
A. Kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan ini.
B. Kawasan ini adalah curam dan mempunyai ke dalaman kira-kira 500M.
C. Bentuk muka bumi ini terbentuk kira-kira 300 juta tahun dahulu.
D. Kawasan ini menggalakkan pertumbuhan plankton yang paling penting dalam sektor pertanian.
A. Switzerland
B. Pulau Jawa
C. Menam Chao Phraya
D. Dataran Kedah-Perlis.
4. Bentuk muka bumi manakah yang berkaitan dengan pemendapan ombak?
A. Tebing tinggi.
B. Tanjung.
C. Teluk.
D. Tombolo.
5. Manakah yang benar tentang ciri-ciri sungai di Malaysia?
A. Panjang dan deras sesuai untuk penjanaan kuasa elektrik hidro.
B. Isipadu air sentiasa banyak dan tetap sepanjang tahun.
C. Menghubungkan kawasan pedalaman Malaysia.
D. Sumber protein utama penduduk.
selamat berjaya...
KESAN KEGIATAN MANUSIA KE ATAS ALAM SEKITAR
Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang dianggap sebagai manusia ekonomi.
- Sebagai manusia ekonomi, ia menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk
mencapai kesejahteraan hidup.
- Alam sekitar dibahagi kepada 2 komponen iaitu:-
1. Komponen mengandungi hidupan
iaitu haiwan dan tumbuhan.
2. Komponen bukan hidupan –
tanah, udara dan air.
Aktiviti utama manusia
Sebagai manusia ekonomi, manusia menjalankan kegiatan harian dengan berinteraksi kepada alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.
- Aktiviti asas utama manusia ialah:-
1. Pertanian
2. Perlombongan
3. Pembalakan
4. Perikanan
- Aktiviti yang disebutkan di atas mempunyai kesan terhadap keseimbangan alam sekitar sekiranya tidak ada satu panduan pengurusan sumber yang baik.
Aktiviti Pertanian.
Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.
- Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada proses hakisan dan tanah runtuh.
- Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral.
- Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar.
Aktiviti Pembalakan
Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara-negara
tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok yang bermutu.
- Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia boleh
memusnahkan habitat haiwan liar.
- Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi
hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.
- Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan memerlukan 40 tahun untuk pulih
semula.
Aktiviti Perikanan.
Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik.
- Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan
bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.
- Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
Kesan Kegiatan Manusia.
Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam.
- Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau.
- Penebangan hutan juga boleh menyebabkan habitat haiwan liarterganggu menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti gajah, badak,harimau kerana kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan.
- Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuh terutama sekali apabila berlaku hujan
lebat.
- Aktiviti pertanian yang berterusan menyebabkan tanah kekurangan kesuburan.
- Untuk memulihkan kesuburan tanah baja digunakan tetapi penggunaan baja yang berlebihan pula menyebabkan bakteria dan kulat yang membantu penguraian humus terjejas menyebabkan kepada masalah akibatnya humus kurang dihasilkan dan kesuburan tanah tidak dapat
dipulihkan.
- Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan.
- Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan
kejadian hakisan dan tanah runtuh.
- Langkah pemuliharaan dan pemeliharaan
• Pemeliharaan:
Usaha untuk melindungi,merancang dan mengurus sumber semula jadi supaya kekal berterusan.
• Pemuliharaan:
Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.
- Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar adalah seperti berikut.
1.Penghutanan Semula.
Penghutanan semula dijalankan di kawasan hutan yang telah ditebang.
- Spesies pokok terpilih ditanam di hutan ini secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.
- Tujuan Penghutanan semula:
1. Memastikan spesies pokok tidak pupus.
2. Mengekalkan kualiti alam sekitar.
3. Memulihara tanah dan sumber air.
4. Mengekalkan habitat fauna dan flora.
5. Mengekalkan warisan hutan.
2.Kaedah Biologi.
Kaedah biologi merupakan satu kaedah kawalan makhluk perosak tanaman tanpa mengganggu
keseimbangan alam sekitar.
Contoh:
Tikus membawa masalah kepada peladang kelapa sawit. Untuk menyelesaikan masalah ini maka penggunaan burung hantu dan ular yang dibiarkan hidup bebas dapat mengawal masalah makhluk perosak. Kaedah ini merupakan kaedah semula jadi yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
- Kesuburan tanah dapat dikekalkan dengan menggunakan baja organik daripada daun reput dan juga najis
haiwan seperti ayam dan kambing untuk menambah kesuburan tanah di samping lebih murah dan tidak
mencemar alam sekitar.
Kaedah ternak ‘bakteria’ dan biar ia ‘makan’ air busuk adalah satu kaedah dikenali sebagai Teknologi Olahan Leachate yang merupakan hasil kajian Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid.
- Teknologi ini sangat berkesan dan murah.
- Teknik ini sedang dilaksanakan dengan jaya di tapak pelupusan sampah di Kulim, Kedah.
- Masalah pencemaran leachate yang memasuki sungai telah mencetuskan krisis alam sekitar baru apaibila ia mencemarkan sistem air minuman pengguna.
Pengurusan Pembinaan Jalan Raya
Antara langkah-langkah pencegahan hakisan tanah dan pemeliharaan alam sekitar yang dilaksanakan ialah:
1. Penyediaan sistem perparitan sepanjang lebuh raya.
2. Pengurusan cerun dan menanam rumput sebagai tutup bumi.
3. Pembinaan tembok konkrit.
4. Peneresan bertangga.
5. Pembinaan terowong.
6. Penanaman pokok sebagai pengikat tanah.
Kesimpulan
Alam sekitar perlu dipelihara kerana kegiatan manusia yang tidak terkawal boleh menyebabkan:
1. Kepupusan habitat hidupan liar.
2. Kepupusan flora dan fauna.
3. Kemerosotan landskap.
4. Kehilangan pusaka untuk generasi akan datang