• home
  • Tentang saya
  • Blog pendidikan
  • Tugasan saya
  • refleksi saya

PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

12/12/2014

3 Comments

 

BAHAN 3 DIMENSI (3D)


-Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar, panjang dan ketinggian.
- Jenis bahan 3D ialah : realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaan pasir dan model-model).

Realia
-   Merupakan objek sebenar yg di bawa ke dalam bilik darjah.
    Zukowski-Faust (1997) – objek konkrit dan 

paraphernalia kehidupan.

 Model

- Perwakilan bahan 3D bahan sbenar dalam bentuk saiz sebenar @ lebih kecil.
-Mempunyai input maklumat, pemprosesan maklumat dan output keputusan.


 Ciptaan Objek Tiruan
- Dicipta oleh guru @ pelajar yg tidak dapat diperoleh di pasaran.

 Diorama
- Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar.
  Saiz yg berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang.
Tujuan- mengimbas kemabali suasana @ peristiwa lepas @ menggambarkan masa depan.

 Meja Pasir
-Menggambarkan situasi sebenar melalui satu replika.

KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P

1.  Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain.
2.  Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.
3.  Mengembangkan kemahiran dan konsep.

KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P

1.  Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran.
2.  Kekangan masa untuk membina bahan 3D.
3.  Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.

BAHAN 2 DIMENSI (2D)

#  Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang.
#  Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar.

Bahan Bercetak

    Buku teks – asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya.
    Bahan bacaan percuma – brosur, risalah dll.


Kelebihan :
-     Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.
-     Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan.
-     Boleh dialih.
-     Murah dari segi penghasilan / percuma.


Kelemahan:
-     Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.
-     Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi).
-     Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar).
-     Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.


Carta
 Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yg sukar difahami secara lisan / bertulis.


Jenis-jenis Carta :

 # Carta organisasi – menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi pemeringkatan.
 # Carta klasifikasi – menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan sebagainya.
 # Carta tabular / jadual – mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus dalam bentuk jadual.
 # Carta aliran – carta proses menunjukkan sekuen, prosedur, atau aliran sesuatu aktiviti.

 Graf
 Perwakilan visual data numerikal.

 Jenis-jenis Graf :

 #   Graf bar – menggambarkan garaf satu skala di mana ketinggian bar mengukur kuantiti yg ingin diwakili.
#  Graf garisan – graf skala dua yg menggambarkan variasi nilai pada dua dimensi.
#    Graf pai – satu bulatan yg dibahagikan kepada segmen dan setiap segmen mewakili sebahagian peratus daripada keseluruhan.

 Gambar
 #   Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan digunakan untuk memudahkan pemahaman pelajar.




Peta
# Perwakilan abstrak tempat sebenar dalam bentuk simbol visual, garisan, dan warna.

 Kelebihan :
-     Murah dan mudah diperoleh.
-     Perincian visualnya memudahkan pemahaman.
-     Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.
-     Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.
-     Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.

Kekurangan :
-     Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
-     Kurangnya warna boleh mengehadkan ketepatan tafsiran.
-     Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami.
-     Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.





Picture
CONTOH BAHAN 2D
CONTOH BAHAN 3D
3 Comments

konsep asas grafik.

12/12/2014

0 Comments

 
GRAFIK

Grafik -
Kombinasi gambar,lakaran,lukisan, huruf,angka,lambang,perkataan@citra yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep @ idea daripada kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu (p&p).


Grafik- suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks @ gambar untuk menyampaikan informasi @ mesej.


Media elektronik- 'grafik interaktif' @'grafik multimedia'.


Multimedia- perisian @aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua @lebih daripad dua media iaitu teks,grafik,animasi,audio dan video.


PERALATAN ASAS BAGI REKA BENTUK GRAFIK

  • Akal(kreativiti)
  • mata
  • tangan
  • Alat-alatan tradisional(pensel,dakwat, dll)
  • komputer,dll




Picture
Picture

elemen asas reka letak grafik

1. Titik
- penggerak utama sesuatu bentuk dan juga sebagai penanda sesuatu kedudukan di dalam ruang- tidak mempunyai ukuran panjang@lebar, bersifat statik, tidak mempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur.

 2. Garisan
 -  percantuman dua titik yg mempunyai jarak tertentu. -  kombinasi gari membentuk imej 2D dan 3D.

    Rupa geometri – rupa-rupa yg mempunyai sempadan yg tetap.
    Rupa organik – rupa-rupa yg bebas, tidak bersudut dan tanpa       sempadan yg tetap.


Chang Hon Woon (1997) – garisan dapat digunakan dengan tujuan menunjukkan pergerakkan, dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan bentuk, mencipta ruang, dan menimbulkan jalinan.

3.  Permukaan
 -  beberapa garisan pada sesuatu kedudukan sama ada menegak atau mendatar. -  contoh : permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding) dan permukaan di bawah (lantai / permukaan bumi).

4.  Bentuk
 - mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.

5.  Ruang
 -  kawasan kosong yg berada di sekeliling sesuatu objek yg juga dirujuk sebagai jarak antara dua objek @ rongga yg terdapat dalam sesuatu benda.

    Ruang nyata – ruang yg terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu objek sebenar bersifat 3D.
    Ruang tampak – ruang ilusi yg timbul, iaitu bersifat 2D seperti gambar, lukisan dll.

 6.  Warna
 -  pembalikan cahaya daripada sesuatu objek @ permukaan.

    Warna asas – Biru, Merah dan Kuning.
    Warna sekunder - Kuning + Biru = Hijau / Merah + Biru = Ungu / Kuning + Merah = Jingga.
    Warna tertier – Warna Asas + Warna Sekunder.

  -  fungsi warna – melahirkan kesan @ pengaruh tertentu.                                                                                                        - mewujudkan perasaan harmoni.



prinsip reka letak visuAL

6 prinsip asas reka letak visual - CASPER

0 Comments

model reka bentuk pengajaran 

12/12/2014

1 Comment

 
1. Richey(1986)- menggariskan 6 elemen asas, iaitu:
  • menentukan keperluan pelajar
  • menentukan matlamat dan objektif
  • membina prosedur penilaian
  • mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
  • mencuba sistem pengajaran
  • menilai keseluruhan sistem


2. Gustalfon(1991)- membahagikan RP kepada 3 model yang berorientasikan:
  • Bilik Darjah(tugas guru sebagai pelaksana sistem)
  • produk
  • sistem 
3 model yang terdapat dalam teknologi pendidikan ialah:
  • model ADDIE
  • model ASSURE
  • model Gagne,Briggs dan Wager(1992)

konsep asas grafik

Grafik- Kombinasi gambar,lakaran lukisan,huruf,angka, lambang, perkataan@citra yang menjadi satu media pengajaranuntuk memberikan dan menterjemahkan konsep @idea kepada penerima maklumat dalm situasi tertentu(p&p).


1 Comment

apa itu teknologi pendidikan

12/12/2014

0 Comments

 
Teknologi pendidikan merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia,prosedur,idea,peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk,menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal.

teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru,buku teks dan papan tulis.

secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan dan teknik.
0 Comments
    Picture

    Author
    Suzawani sudin



    kehidupan ibarat seperti roda, senantiasa berputar-putar.

    Archives

    December 2014

    Categories

    All

    rakan

    ANIS AQILAH KAMAL
    ROZIE ADENAN
    SITI NUR WAHIDA ROSLI
    NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN
    AIDA AFANDI
    NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR 
    NORAFIZA BINTI AZIZAN
    NURSYAZWANI MAHADI
    AMALINA MOHD HASHIM
    NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM
    MUHAMAD SAUFI BIN ABUZAKI
    NURUL HAFIZAH SABTU
    JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN
    NORSUZAWANI SUDIN
    IKLIL KAMARUL ZAMAN 
    SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN
    AL-MUHDI BIN SAWAL
    NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN
    NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN 
    MUHSIN ABLLAH

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.